Rambut Adalah Mahkota Wanita
Masalah rambut gugur sering menghantui kita sama ada lelaki atau wanita. Rambut normal mengalami keguguran di antara 80 hingga 100 helai setiap hari, namun jika lebih daripada jumlah itu, keguguran rambut dianggap membimbangkan.
Namun, penyelesaian masalah ini tetap ada sama ada menggunakan pelbagai produk moden di pasaran atau bahan tradisional.
Apa yang penting adalah penggunaan produk bersesuaian dan berjumpa pakar untuk mendapatkan nasihat.
Pelbagai faktor mempengaruhi pertumbuhan rambut termasuk usia, kekurangan vitamin, ubat-ubatan, bahan kimia serta tekanan yang dialami setiap hari. Punca lain merangkumi aspek cuaca dan ketidakseimbangan diet.
“Faktor berkenaan amat mempengaruhi pertumbuhan rambut. Malah, jika seseorang itu dilanda pelbagai masalah, folikel rambutnya menjadi semakin kecil dan rambut semakin berkurangan.
“Individu itu juga seharusnya mengambil berat masalah rambut mereka sama ada keguguran itu berlaku secara normal atau pada tahap membimbangkan,”
Rambut mengalami tiga peringkat kitaran iaitu anagen (fasa pertumbuhan) yang normal, telogen (fasa berehat), dan fasa gugur.
Pertumbuhan rambut akan berulang selepas ia gugur apabila rambut tumbuh daripada folikel yang sama.
Sekiranya seseorang itu mengalami masalah rambut gugur yang berlarutan, disarankan supaya mendapatkan rawatan susulan untuk mengelakkan masalah lebih buruk sehingga akhirnya botak.
Rambut juga boleh membuatkan seseorang itu hilang keyakinan diri untuk berdepan khalayak, malah menjejaskan aktiviti harian mereka.
Rambut sihat menjadi idaman semua, jadi kesedaran awal terhadap masalah ini memang perlu supaya ia dapat mengembalikan keyakinan diri.
Pelbagai produk rambut di pasaran menawarkan penyelesaian kepada masalah keguguran rambut, tetapi tidak banyak yang menjalani kajian klinikal. Kajian klinikal amat penting untuk menentukan keberkesanan produk terbabit, sekali gus menyelesaikan masalah keguguran rambut. Zinc Complex Shaklee dapat mengurangkan keguguran rambut dan memperbaiki struktur rambut.
“Bahan kompleks inovatif ini bertindak melindungi dan menggalakkan pertumbuhan rambut
Love You,
yuyu_shaklee
No comments:
Post a Comment